Wednesday 30 December 2015

DIA DAN AKU

Dia berjalan
Akupun berjalan
Kami bertemu di perjalanan

Sama-sama berjalan
Tetapi berlainan arah tujuan
Dia di kiri, Aku di kanan
Dia di luar, Aku di dalam
Dia berhenti, Aku pun berhenti berjalan

Seiring bertukar jalan
Dia ingin hendak menemui Aku
Di perjalanan kami bertemu
Dalam berjalan dia melihat Aku
Di waktu dia berhenti, maka hilanglah Aku

Wahai insan yang hendak mencari Aku
Aku selalu berada bersertamu
Aku jauh dalam tangkapanmu
Padahal Aku sangat dekat padamu

Cubit Cubit SayanG
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a Comment