Sunday 30 July 2017

SIHIR PENUNDUK

Ramai yang bertanyakan pada saya apakah tanda tanda sihir jika berlakunya sihir pada seseorang?
Ok, untuk nak mengenalpasti seseorang yang disihir, bukanlah boleh main cakap sahaja. Tak boleh nak kata seseorang itu disihir hanya dengan melihat pada gambar.
Dari pengalaman saya, untuk mengenalpasti apakah jenis gangguan yang dihadapi, samada saka, sihir, dan sebagainya, mesti melalui 2 proses di bawah:

Pertama: Proses Mengenalpasti
Untuk proses pertama ini, tujuannya adalah untuk memastikan terlebih dahulu, samada seseorang itu ada gangguan atau tidak. Proses ini mudah, pesakit sendiri boleh lakukan. Hanya lihat tanda-tanda di bawah jika ada pada diri.

Tanda-tanda seseorang itu ada gangguan.

  • Sukar tidur malam.
  • Sering terjaga tengah malam tanpa sebab.
  • Kerap mengalami mimpi yang menakutkan.
  • Kerap bermimpi binatang.
  • Kerap bermimpi seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi.
  • Kerap bermimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • Kerap bermimpi diancam benda tajam.
  • Kerap bermimpi berada di tempat kotor atau dikawasan perkuburan.
  • Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • Sering rasa berdebar-debar tanpa sebab.
  • Rasa seperti sesuatu bergerak-gerak di dalam badan.
  • Sering rasa lesu, malas, tidak bersemangat tanpa sebab.
  • Cepat rasa nak marah walaupun disebabkan perkara kecil.
  • Rasa malas untuk beribadah, terutamanya solat.
  • Rasa malas nak berzikir.
  • Cepat lupa tanpa sebab.

Perlu saya jelaskan di sini ialah, tanda-tanda di atas, sekiranya ada pada diri anda, anda akan sedar yang ianya hanya berlaku sejak kebelakangan ini sahaja.
Sebagai contoh, mimpi-mimpi yang saya sebutkan di atas. Dulu tiada, tetapi anda dapat rasakan yang semenjak kebelakangan, ianya berlaku dengan kerap.

Jika anda mengalami keadaan diatas, sila hub kami untuk mendapat rawatan lebih lanjut

Master ajie
Call/whasapp
0192873134

No comments:

Post a Comment