Thursday 27 July 2017

SUKAR MENGANDUNG

Tak dipanggil 'keluarga' kalau takde anak bagi pasangan yang berkahwin. Betul kan? Setiap yang berkahwin pasti inginkan anak, maybe nak cepat atau nak lambat sikit atas sebab-sebab tertentu, tak kisahlah apa janji bahagia.

Tapi kepada yang sudah lama berkahwin jangan putus asa, cuba dan cuba lagi selagi belum menopos. Tapi ingat, jangan la pula pergi cari khidmat bomoh yang syirik tu. Cubalah rawatan moden atau perubatan Islam, Insya-Allah ada rezeki dapatlah tu.

Punca tak dapat anak ni macam-macam. Ada yang mengandung tapi tak pernah lekat, maksudnya gugur setiap kali mengandung. Ada yang langsung tak mengandung pun boleh jadi berpunca daripada suami juga. Jadi, suami pun kena buat medical checkup untuk pastikan dia bukan puncanya.

Bagi wanita yang gagal mengandung, ada beberapa punca.

1.     ada masalah atau kerosakan pada tiub fallopia (fallopian tube) yang menghantar benih wanita (ovum) dari ovari (kilang benih) ke rahim (uterus) untuk disenyawakan oleh benih lelaki (sperma). Contoh penyakit seperti jangkitan dalam pelvis, endometriosis, pembedahan pelvis boleh jadi penyebabnya.

2.    masalah ketidak-stabilan hormon wanita yang mengawal proses ovulasi (pengeluaran benih ovum) dan perubahan dinding rahim/uterus untuk persediaan tempat benih ovum selepas persenyawaan. Jika ada masalah hormon, mungkin tiada ovum yang dikeluarkan atau rahim/uterus tidak boleh menerima benih yang tersenyawa tersebut.

3.      masalah serviks (cervix) dimana sperma tidak dapat melaluinya kerana tersumbat akibat penghasilan lendir (mucus) yang tidak normal atau kerosakan akibat pembedahan lalu. Masalah ini boleh diatasi dengan 'intrauterine inseminations' iaitu benih yang disenyawakan dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat.

4.     masalah pada rahim atau uterus. Penyakit seperti polip (polyps) dan fibroid.
uterine polyps and fibroid punca sukar hamil

5.     punca yang tidak dapat dikenalpasti     walaupun setelah dilakukan semua ujian berlaku dalam lebih kurang 20% daripada kes.  

Jika anda masih tidak mengandung selepas 6 bulan berkahwin (anggap semuanya normal) dan hubungan intim pun normal maka anda patut mula mendapatkan nasihat doktor dan perawat.

CALL/WHATSAPP
MASTER AJIE
0192873134

No comments:

Post a Comment